Laporan disediakan oleh Ust Aliazali B. Ahmad
TARIKH : 3 MAC 2012
HARI : SABTU
TEMPAT : SK. AWAT- AWAT
MASA : 06.30 PAGI – 11.30 PAGI
Click disini untuk melihat Gambar
LATAR BELAKANG:
1. Program Amalan Guru Penyayang merupakan program yang wajib dilaksanakan di setiap sekolah mulai tahun ini. Ianya hasil daripada hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia yang inginkan setiap guru mengamalkan budaya kasih sayang di sekolah. Antara objektif utamanya ialah menjiwai amalan penyayang sebagai budaya guru, menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah, menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah dan menghargai sumbangan murid, ibu-bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.
KONSEP PROGRAM
2. Bersempena Program Amalan Guru Penyayang yang dilaksanakan pada bulan Mac tahun ini, Sk Awat-Awat telah memilih aktiviti yang berkonsepkan penyayang dan kemesraan ke atas murid. Program dijalankan bertemakan “ Sambutan Hari Jadi”.
AKTIVITI PROGRAM
3. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di dalam Program Amalan Guru Penyayang di sekolah ini ialah:i. Menyambut atau mengalu-alukan kehadiran murid
ii. Sambutan Hari ( memotong kek hari jadi dan pemberian hadiah )
iii. Program Mentor Mentee
CADANGAN / SYOR
4. Diharapkan program seperti ini dapat dijalankan pada setiap tahun untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara guru-guru dan murid-murid. Di samping itu, ianya juga dapat menarik minat murid untuk hadir ke sekolah dan sekaligus dapat melahirkan murid yang cemerlang, gemilang dan terbilang.5. Selain itu, pihak sekolah juga mencadangkan agar lebih banyak aktiviti seperti ini dijalankan bagi menyemai sikap kasih sayang dan keprihatinan di kalangan guru serta mewujudkan sekolah penyayang. Oleh itu, program seumpama ini perlu ada dan termasuk dalam TAKWIM SEKOLAH.
PENUTUP
6. Dengan adanya program seperti ini, hasrat untuk membudayakan amalan guru penyayang di sekolah dapat disemai demi meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan negara. Secara tidak langsung juga program seumpama ini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan di kalangan warga sekolah.Click Di Sini Untuk melihat Gambar