Sunday, September 1, 2013

Pengenalan/ Sejarah SK. Awat-Awat

SK Awat-Awat merupakan salah sebuah sekolah kebangsaan yang terdapat di daerah Lawas. Sekolah ini terletak dalam Zon D ( mengikut pembahagian zon dalam daerah Lawas ) dan ia bertapak di kawasan daerah kecil Sundar. Pekan terdekat adalah pekan Sundar yang jauhnya kira-kira 7 km dari tempat ini. Jarak perjalanan dari bandar Lawas adalah 37 km yang mengambil masa kira-kira 1 jam.Jalan raya adalah jalan perhubungan utama ke sekolah ini.

Bangunan sekolah ini terletak di atas permukaan air dan merupakan sekolah tunggal yang berkeadaan sedemikian di daerah Lawas.Pelajar-pelajar yang menuntut ini adalah seramai 227 orang (Tahun 2012). Hampir semua pelajar di sekolah ini adalah datangnya dari perkampungan nelayan iaitu Kampung Awat-Awat. Pelajar sekolah ini merupakan pelajar harian dan berulang-alik setiap hari dari kampung dengan menaiki bot-bot tambang atau dihantar sendiri oleh ibubapa sendiri.