Monday, September 18, 2017

Perkampungan Ilmu, Solat Hajat & Motivasi Tahun 6(UPSR)

Pada tarikh 05/09/2017 hingga 09/09/2017, bertempat di SK.Awat-Awat, satu program intensif dan bersepadu telah dijalankan untuk mempersiapkan lagi murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR. 

"PROGRAM PERKAMPUNGAN ILMU" adalah satu program yang dianjurkan oleh pihak sekolah/kurikulum bertujuan untuk melonjakkan lagi kemampuan murid untuk mendapakan keputusan yang lebih baik dalam UPSR. 

Sunday, September 17, 2017

Lawatan Murid Tahun 6/2017, ke Kota Kinabalu

Sebahagian guru dan murid yang menyertai Lawatan tahun ini.
Satu lawatan ke Kota Kinabalu telah di buat oleh SK. Awat-Awat baru-baru ini. Maklumat program lawatan tersebut adalah;

Nama Program : Lawatan Murid Tahun 6 ke Kota Kinabalu
Tarikh : 15 September hingga 17 September 2017
Tempat : Kota Kinabalu, Sabah.
Bilangan guru terlibat : 20 orang
Bilangan murid terlibat : 21 orang (Tahun 6)
Anjuran : Unit Kokurikulum SK Awat-Awat
Murid tahun 6 sudah bersedia untuk bertolak ke kota kinabalu
Antara Tujuan Program ini adalah:
1. Menghargai usaha dan sumbangan yang telah diberikan oleh murid sepanjang 6 tahun di sekolah.
2. Merehatkan minda murid selepas bertungkus-lumus dari awal hingga peperiksaan upsr.
3. Mengeratkan lagi silaturahim antara murid dan staf sk awat-awat.
Rombongan ketika melawat Cowboy Town Tuaran Sabah
Antara pengisian program ialah;
1. Mengunjungi pantai teluk Likas/sukaneka
2. Pertandingan boling
3. Mengunjungi "shopping complex/pusat hiburan keluarga
4. Melawat pekan Koboi Tuaran
5. Mengunjungi Perdana Park Tanjung Aru
6. Makan Malam Bersama Murid Tahun 6
Murid bersedia untuk menonton wayang di Center Point Sabah

Guru Besar, En. Nooridzman bin Sebli mengambil Gambar dengan Guru Lelaki

Antara Murid Permpuan Tahun 6/2017 yang menyertai lawatan ini.

Murid tahun 6 sedang Minum di restoran 

Guru-Guru Wanita sedang ber 'swa foto'

Murid bersedia untuk menaiki "train" dari Putatan-Papar.

"Train to Papar"
Laporan disediakan oleh ; Sir Hanif