Monday, September 18, 2017

Perkampungan Ilmu, Solat Hajat & Motivasi Tahun 6(UPSR)

Pada tarikh 05/09/2017 hingga 09/09/2017, bertempat di SK.Awat-Awat, satu program intensif dan bersepadu telah dijalankan untuk mempersiapkan lagi murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR. 


"PROGRAM PERKAMPUNGAN ILMU" adalah satu program yang dianjurkan oleh pihak sekolah/kurikulum bertujuan untuk melonjakkan lagi kemampuan murid untuk mendapakan keputusan yang lebih baik dalam UPSR. 

"Program ini telah dijalankan berberapa tahun yang lepas, tetapi pada tahun ini terdapat penambahbaikan dari segi perancangan, persiapan, pengurusan dan pengisian program" kata 
Ust Aliazali Bin Ahmad, sebagai pengarah program.

Penyertaan adalah sangat menggalakkan pada tahun ini, dimana seramai 21 /21orang murid telah menghadirkan diri dan semua guru berkerjasama dalam melaksanakan tugas masing-masing. Pekerja swasta sekolah dan juga ibubapa/PIBG telah menyumbangkan masa dan tenaga bagi menyokong dan memastikan progam ini berjalan dengan lancar.

Diantara pengisian "Perkampungan Ilmu" ini adalah; 

Kelas Intensif pada sebelah pagi, kelas tambahan Petang, riadah bersama murid tahun 6 dan juga Kelas tambahan Malam (05/09-08/09/2017). Murid-murid telah bermalam disekolah dan dijaga oleh Warden/guru yang bertugas.

Pada hari Jumaat pula, program Solat Hajat telah dijalankan dan telah dihadiri oleh semua ibu dan bapa murid-murid tahun 6. 

Seterusnya, pada hari sabtu berlangsungnya ceramah motivasi oleh Mohd. Amin B. Abu dari SK. Kerangan Lawas dan majlis penutupan yang di sempurnakan oleh En. Nooridzman Bin Sebli, Guru Besar SK. Awat-Awat. Program ini selesai pada jam 11:30 pagi

En. Nooridzman Bin Sebli, Guru Besar SK. Awat-Awat berkata dalam ucapan penutupannya;
" Saya mengucapakan ribuan terima kasih kepada murid-murid, guru-guru dan Ibubapa kerana berjaya menjalankan program ini dengan baik. Setinggi-tinggipenghargaan  kepada En. Amin sebagai penceramah jemputan yang sudi menerima undangan kita pada pagi ini"

"Saya berharap program ini dapat membantu murid-murid untuk menduduki perperiksaan UPSR yang akan berlangsung nanti"
Kelas tambahan malam oleh Cg. Dlim

Kelas Tambahan Malam Oleh Cg Hanif

Riadah Petang bersama murid Tahun 6

Solat Hajat

Jamuan Selepas solat Hajat

Murid Tahun 6 Bersama  Cg. Awangku Omar

Murid perempuan Tahun 6 yang akan menduduki UPSR (Good Luck)

En. Mohd Amin, Gur Besar dab En. Apni bergambar bersama Murid Tahun 6

Sesi Motivasi

Sesi Motivasi oleh En. Mohd Amin

Guru-Guru Wanita

Sesi Motivasi

Sesi Motivasi

Murid lelaki Tahun 6 (Good Luck)

Tetamu kehormat

Ucapan Penutupan oleh Guru Besar

Guru Besar En. Nooridzman Bin Sebli sedang menyampaikan sijil penghargaan dan juga cenderahati kepada
En. Mohd. Amin