Tuesday, January 23, 2018

Jom Sihat Smartfit Aerobic SK. Awat-Awat Siri 1

Pada hari ini, 24 Januari 2018 (Rabu)  Program "Smartfit Aerobic Sk. Awat-Awat" telah dilaksanakan di Pantaran Ilmu Sk. Awat-Awat Lawas Sarawak.


"Objektif program ini adalah untuk menggalakan amalan hidup sihat dikalangan murid dan kakitangan sekolah. Selain itu saya berharap program ini dapat membantu murid-murid lebih bersedia untuk belajar dan juga berminat untuk datang ke selolah" ujar En. Nooridzman Bin Sebli , Guru Besar dalam ucapannya.



Program ini telah di hadiri oleh semua murid [pra sekolah hingga tahun 6] dan juga semua kakitangan
SK. Awat-Awat.
Program ini akan dilakasanakan sekali dalam setiap bulan sepanjang tahun 2018.
Team Smartfit aerobic SK. Awat-Awat [Cg.Siti, Cg.Fasehah, Cg.Arrzahara, Cg. Hanif & Cg. Anas)

Monday, January 22, 2018

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS, KETUA KELAS DAN PENOLONG KETUA KELAS, 2018

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas, Ketua kelas, dan Penolong Ketua Kelas bagi tahun 2018 telah dijalankan pada 22 Januari 2018(Isnin) di Pantaran Ilmu Sk Awat-Awat Lawas. Majlis bermula pada jam 7.20am, dengan aturcara berikut: perhimpunan mingguan sekolah, Ucapan PK HEM-Ust. Aliazali Ahmad, penyampaian watikah pelantikan, bacaan ikrar dan Amanat Guru Besar-En. Nooridzman Bin Sebli
Bacaan Ikrar yang diketuai oleh Adik Mohd Adam [Ketua Pengawas]
Majlis ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan semangat kepada pengawas, ketua Kelas dan penolong ketua Kelas supaya melakukan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan dedikasi dan penuh bertanggungjawab
Guru Besar bergambar dengan Pengawas, Ketua Kelas, dan penolong Ketua kelas

"Semoga dengan pelantikan ini semua pengawas, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas yang telah dilantik dapat menggalas dan menyempurnakan tanggungjawab untuk menguatkuasakan peraturan sekolah tanpa rasa ragu" Guru Besar SK. Awat-Awat, En Nooridzman Bin Sebli

Thursday, January 18, 2018

Majlis Penutupan Program Transisi Tahun 1, 2018

Program Transisi Tahun 1, SK. Awat-Awat, Lawas Sarawak telah berlangsung pada 2.1.2018 hingga 19.1.2018. Majlis perasmian penutup Program transisi ini telah dihadiri oleh ibubapa, guru-guru tahun 1, penolong kanan, dan juga majlis ini telah disempurnakan oleh En. Nooridzman bin Sebli, Guru Besar.

Video disediakan oleh Fasehah&co



Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program yang telah dirangka dengan tujuan membantu kanak-kanak menghadapi  perubahan persekitaran, emosi dan pergaulan dari pendidikan di rumah ataupun di pra sekolah ke pendidikan kelas perdana Tahun 1.






"Adalah diharapkan kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang sosio-ekonomi, persekitaran dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia meneruskan pembelajaran di sekolah" ujar Pn. Fasehah Binti Ibrahim selaku penyelaras program


Pada Majlis tersebut murid tahun 1, telah  dihadiahkan dengan alat tulis sebagai simbolik bagi memulakan sesi PdP.

Monday, January 15, 2018

Majlis perpisahan/persaraan Cikgu Haji Hifni Bin Timbang [16 Januari 2018]

Hari ini 16 Januari 2018, telah diadakan Majlis sanjungan budi lambaian kasih sempena perpisahan/persaraan PKHEM Cikgu Haji Hifni@Apni Bin Timbang di SK. Awat-Awat, Lawas Sarawak.

Turut hadir untuk meraikan persaraan beliau adalah  Guru Besar SK. Awat-Awat En. Nooridzman Bin Sebli, PK Kurikulum, PK Kokurikulum, YDP PIBG, Yang diraikan Isteri Cikgu Haji Hifni Bin Timbang, Guru-Guru, Staff Sekolah dan murid Sekolah.









Sedikit Sejarah perkhidmatan Cikgu Haji Hifni Bin Timbang sebagai seorang Guru, adalah seperti berikut;
1. Maktab Rajang, Sarawak
2. SK. Awat-Awat, Lawas- 1980 (Penempatan Pertama)
3. SK. Kuala Lawas, Lawas
4. SK. Aru Baru, Lawas
5. SK. Luagan, Lawas
6. SK. Agama MIS Lawas
7. Sk. Pusat, Lawas
8. SK. Merapok, Lawas
9. SK. Belipat, Lawas
10. Sk. Awat-Awat Lawas [Bersara] 2018
(Tempoh berkhidmat sebagai seorang pendidik: 38 Tahun)

[ Video disediakan oleh Cg. Alifarizal]
"Saya mengucapakan ribuan terima kasih kepada Sk. Awat-Awat kerana mengadakan majlis persaraan ini," Cikgu Haji Hifni.


Selamat bersara Cikgu Haji Hifni, Terima kasih atas segala tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan. Jasamu akan sentiasa dikenang- SK. Awat-Awat