Saturday, August 31, 2013

Majlis Tadarus Al-Quran (MTAQ) Peringkat Daerah Lawas 2012 1433H/2012M

Pada 30 dan 31 Mac 2012 yang lepas, Sekolah Kebangsaan Awat-Awat, Lawas telah menghantar 18 orang peserta ke Majlis Tadarus Al-Quran (MTAQ) Peringkat Daerah Lawas 2012. Majlis Tadarus Al-Quran (MTAQ) ini diadakan di SMK Sundar yang dikelolakan bersama Pejabat Pelajaran Daerah Lawas dan sekolah-sekolah di zon Sundar.

Antara kategori-kategori yang dipertandingkan ialah bidang Tilawah Al-Quran, bidang hafazan, bidang bercerita kisah-kisah nabi, nasyid, syarahan (menengah sahaja) dan kompang selawat (rendah sahaja). SK Awat-Awat telah menyertai kesemua acara yang dipertandingkan kecuali bahagian nasyid.

Pada penyertaan kali ini, Sekolah telah mendapat tempat pertama dalam bidang hafazan (perempuan) Yang diwakili oleh Nur Alani Rifhan binti Roslan dan tempat ke-tiga dalam bidang Tilawah Al-Quran (perempuan) yang diwakili oleh Rabiatul Adawiyah binti Hussien.

Johan Hafazan(Perempuan), Nur Alani Rifhan binti Roslan

Tempat Ke-3, Tilawah Al-Quran(Perempuan), Nur Rabiatul Adawiyah Hussien

Pihak sekolah berharap agar pencapaian dalam MTAQ ini dapat ditingkatkan lagi pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,
Ust. RAPAWI BIN TUAH)
Ketua Panitia,
Pendidikan Islam SK Awat-Awat, Lawas 2012.

Friday, August 30, 2013

Laporan Pertandingan Sepanduk Sempena Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kecil Sundar 1433H/2012M

Laporan disediakan oleh: Ust Rapawi B. Tuah 

Pada 5 Februari 2012 yang lepas, Sekolah Kebangsaan Awat-Awat, Lawas telah menyertai pertandingan sepanduk sempena perarakan Maulidur Rasul peringkat Daerah Kecil Sundar. Seramai 30 orang murid bersama staf sekolah menyertai perarakan tersebut yang bermula daripada perkarangan pasar Sundar sehingga ke Masjid Daerah Sundar.

Perarakan bermula seawal jam 8.30 pagi dan tiba ke Masjid Sundar pada pukul 10.00 pagi. Antara program yang diadakan pada perarakan kali ini ialah pertandingan nasyid bagi kategori kampung dan zikir marhaban. Pertandingan sepanduk terbahagi kepada 2 kategori iaitu kategori jabatan/pertubuhan dan kategori kampung. Sepanduk sekolah telah mendapat naib johan iaitu hadiah berupa sebuah piala dan duit RM250.

Pertandingan ini disertai 4 buah sekolah rendah di daerah Sundar dan juga daripada Pusat Giatmara Sundar. Pihak sekolah berharap pertandingan sepanduk ini dapat disertai pada tahun hadapan dan mendapat keputusan yang lebih baik. Sekian, terima kasih.










Tuesday, August 27, 2013

Laman Utama 2012

Selamat Datang ke SK. Awat-Awat Lawas, Sarawak
Pautan

Friday, August 23, 2013

PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG SK AWAT-AWAT 2012

Laporan disediakan oleh Ust Aliazali B. Ahmad

TARIKH : 3 MAC 2012
HARI : SABTU
TEMPAT : SK. AWAT- AWAT
MASA : 06.30 PAGI – 11.30 PAGI
Click disini untuk melihat Gambar  
LATAR BELAKANG:
1. Program Amalan Guru Penyayang merupakan program yang wajib dilaksanakan di setiap sekolah mulai tahun ini. Ianya hasil daripada hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia yang inginkan setiap guru mengamalkan budaya kasih sayang di sekolah. Antara objektif utamanya ialah menjiwai amalan penyayang sebagai budaya guru, menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah, menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah dan menghargai sumbangan murid, ibu-bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.

KONSEP PROGRAM
2. Bersempena Program Amalan Guru Penyayang yang dilaksanakan pada bulan Mac tahun ini, Sk Awat-Awat telah memilih aktiviti yang berkonsepkan penyayang dan kemesraan ke atas murid. Program dijalankan bertemakan “ Sambutan Hari Jadi”.

AKTIVITI PROGRAM
3. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di dalam Program Amalan Guru Penyayang di sekolah ini ialah:
i. Menyambut atau mengalu-alukan kehadiran murid
ii. Sambutan Hari ( memotong kek hari jadi dan pemberian hadiah )
iii. Program Mentor Mentee

CADANGAN / SYOR
4. Diharapkan program seperti ini dapat dijalankan pada setiap tahun untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara guru-guru dan murid-murid. Di samping itu, ianya juga dapat menarik minat murid untuk hadir ke sekolah dan sekaligus dapat melahirkan murid yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

5. Selain itu, pihak sekolah juga mencadangkan agar lebih banyak aktiviti seperti ini dijalankan bagi menyemai sikap kasih sayang dan keprihatinan di kalangan guru serta mewujudkan sekolah penyayang. Oleh itu, program seumpama ini perlu ada dan termasuk dalam TAKWIM SEKOLAH.

PENUTUP
6. Dengan adanya program seperti ini, hasrat untuk membudayakan amalan guru penyayang di sekolah dapat disemai demi meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan negara. Secara tidak langsung juga program seumpama ini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan di kalangan warga sekolah.

Click Di Sini Untuk melihat Gambar