Thursday, October 5, 2017

PROGRAM INSPIRASI UPSR YaPEIM TAHUN 2017 SIRI 3 DAN 4

disediakan oleh; Ust. Aliazali Bin Ahmad
Tarikh
13 dan 19 jun 2017 ( Siri 3 )
05 dan 19 Julai 2017 ( Siri 4 )
Masa : 7.30 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : SK. Awat-Awat, Lawas
Bilangan murid terlibat : 21 orang ( Rujuk lampiran )
Kehadiran : Rujuk lampiran
Jadual Program : Rujuk lampiran
Penceramah :

1. Cikgu Rapiah Binti Tembol - Bahasa Malaysia
2. Cikgu Dlim Bin Lisah - Sains
3. Cikgu Cathy Octavia Metting - Bahasa Inggeris
4. Cikgu Mohd. Hanif Bin Abd. Hamid - Matematik

Objektif program :
a) Mencari dan mengenal pasti potensi untuk membina keyakinan diri murid
b) Memberi pendedahan kepada murid-murid tahun 6 SK. Awat-Awat dengan teknik-teknik menjawab soalan UPSR.
c) Memberikan murid persediaan fizikal dan mental ke arah kecemerlangan potensi di dalam bidang akademik khasnya peperiksaan UPSR.
d) Memberikan peluang muird-murid tahun 6 SK. Awat-Awat untuk berinteraksi dan bertukar-tukar pandangan.
e) Meningkatkan motivasi dalam diri murid.


Penilaian program :
Kekuatan Program :
a) Program yang dijalankan berjalan dengan lancar mengikut jadual yang telah ditetapkan.
b) Semua murid telah memberikan kerjasama dan mengikut arahan yang diberikan sepanjang program berjalan.
c) Murid menunjukkan minat dan memberikan maklum balas positif terutama ketika perkongsian teknik-teknik menjawab soalan.
d) Kehadiran murid sangat memuaskan.
e) Murid memberikan lebih tumpuan kerana bilangan mereka yang sedikit.
f) Kaedah penyampaian guru lebih berfokus dan berpusatkan murid.
g) Penceramah telah menyampaikan perkongsian ilmu dengan baik .
h) Bilik yang digunakan sesuai dan konduksif sepanjang program berjalan.

Kelemahan Program :
A) Tiada suasana baharu. Murid tidak boleh bertukar-tukar pendapat 
   dengan murid sekolah lain. 

 Cadangan penambahbaikan:
Tiada

Dokumentasi bergambar : Rujuk lampiran
Laporan disediakan oleh Ust. Aliazali Bin Ahmad

Gambar;
Penolong Kanan Akademik memberikan taklimat program

Cikgu DlimBin Lisah memberikan perkongsian ilmu berkaitan mata pelajaran Sains.

Murid-murid berbincang dalam kumpulan.

Cikgu Rapiah Binti Tembol memberikan perkongsian ilmu 
berkaitan mata pelajaran Bahasa Malaysia.

Cikgu Mohd. Hanif Bin Abd. Hamid memberikan perkongsian 
ilmu berkaitan mata pelajaran Matematik.

Cikgu Cathy Octavia Metting memberikan perkongsian 
ilmu berkaitan mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Murid menjawab soalan Bahasa Inggeris di papan putih.