Wednesday, October 25, 2017

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SEKOLAH KEBANGSAAN AWAT-AWAT 2017

Laporan disediakan oleh: Pn. Fasehah Binti Ibrahim/Setiausaha Unit Beruniform

Gambar kenangan para peserta perkhemahan Unit Beruniform 2017
Pendahuluan:
Aktiviti perkhemahan merupakan aktiviti tahunan yang selalu diadakan di setiap sekolah . Begitu juga dengan Sekolah Kebangsaan Awat-awat Lawas Sarawak dimana telah berlangsungnya aktiviti perkhemahan tahunan. Aktiviti perkhemahan ini berjalan lancarnya dari awal hingga akhir dengan
disertai tiga unit beruniform iaitu Pergerakan Puteri Islam Malaysia, Bulan Sabit Merah Malaysia dan Tunas Kadet Remaja Sekolah

Tarikh / Hari  Aktiviti:
Perkhemahan ini diadakan pada,
Tarikh : 6 dan 7 Oktober 2017
Hari      : Jumaat dan Sabtu

Bilangan Penyertaan:
Bilangan penyertaan murid yang menyertai perkhemahan ini ialah 37 orang.

Aturcara dan aktiviti yang dilaksanakan:
Jumaat (  6 Oktober 2017 ):
Bermula jam 1.30 petang , para peserta telah mendaftarkan diri dan diarah berkumpul mengikut unit uniform masing-masing. Taklimat perkhemahan telah disampaikan  oleh Encik Dlim selaku Ketua Komanden perkhemahan pada kali ini.  Kemudian murid mendirikan khemah bersama guru.
Pendaftaran oleh Pn. Suriani

Taklimat Oleh En. Dlim Lisah

Mendirikan khemah bersama En. Awangku Omar (PKKK)

Taklimat Oleh Cik. Siti Naqiah

Hasil Kerja LDK

Pada jam 6.00 petang , peserta perkhemahan diberi masa untuk persiapan diri dan solat maghrib.
Solat Maghrib

Peserta perkhemahan telah menyertai malam kebudayaan . Melalui aktiviti ini, peserta dapat mencungkil bakat dan melatih diri untuk berani menunjukkan bakat.  Penglibatan peserta dalam malam kebudayaan ini sangat memberangsangkan .
Murid makan sebelum Acara malam kebudayan berlangsung

Murid dan persembahan mereka dalam acara malam kebudayan

Sabtu (  7 Oktober 2017 )
Pada jam 5.00 pagi, peserta perkhemahan mula menguruskan diri dan solat subuh.  Selepas itu, mereka melibatkan diri dalam aktiviti senaman pagi yang telah diketuai oleh Puan Arrzahara.
Puan Arrzahara dan guru –guru dalam aktiviti senaman pagi.

Selepas itu, peserta perkhemahan makan sarapan pagi. Pada jam 9.30 pagi , peserta perkhemahan telah mengemas khemah masing-masing. Guru pembimbing memantau kawasan perkhemahan supaya persekitaran perkhemahan berada dalam keadaan bersih.

Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Awat-Awat, Encik Noridzman Bin Sebli.  Semua guru dan peserta perkhemahan telah berkumpul di Pantaran Ilmu.
Majlis penutupan perkhemahan UB 2017

Ucapan penutupan oleh Guru Besar

Gambar kenang-kenangan peserta perkhemahan
Tahniah SKAA 2017