Tuesday, November 7, 2017

RAMAH TAMAH AIDILFITRI 2017

Laporan disediakan oleh; USTZH ANI NADHRAH BT ISA
RAMAH TAMAH AIDILFITRI 2017, SK.AWAT-AWAT, 2017

1. Tarikh / Hari Pelaksanaan : 7 Julai 2017 (Jumaat)
2. Masa / Tempat : Pantaran Ilmu SK Awat Awat,
3. Objektif :


i) Melahirkan warga sekolah yang memiliki sahsiah diri yang mulia dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
ii) Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan keseronokan dalam menyambut perayaan yang dikhususkan kepada umat Islam.
iii) Melahirkan rasa kesyukuran di atas nikmat yang diberikan selepas menjalani ibadah berpuasa yang penuh dengan cabaran.
iv) Memupuk amalan hidup yang sempurna dengan bermaaf-maafan dan hormat-menghormati antara satu sama lain.
v) Mengeratkan lagi hubungan silaturrahim ukhuwah Islamiah dan sifat bekerjasama antara murid, guru dan ibubapa.

4. Sasaran: Semua warga SK Awat Awat dan Ahli Jawatankuasa PIBG

5. Aktiviti yang dijalankan :
7.20 pagi : Murid dan semua jemputan berkumpul di Pantaran Ilmu
7.30 pagi : Persiapan penyediaan jamuan di “booth” rumah sukan masing-masing
8.00 pagi : Majlis Bermula
Bacaan Doa oleh Ustaz Ibrahim bin Mohd Zin
Ucapan oleh En. Nooridzman bin Sebli (Guru Besar SK Awat Awat)
Pertandiingan Pakaian Raya Tercantik
Pertandingan Karaoke Lagu Raya
Penyampaian Hadiah
Semua Jemputan Beraya di “booth” Rumah Sukan
Jamuan
Bersurai

Gambar kenang-kenangan semasa majils RAMAH TAMAH AIDILFITRI 2017