Thursday, October 5, 2017

PROGRAM DASAR WARGA EMAS NEGARA (DWEN) TAHUN 2017

Laporan disediakan oleh; Ust Aliazali Bin Ahmad
Nama Program : Sumbangan Warga Emas SK. Awat-Awat
Tarikh : 14 Julai 2017
Masa : 8.00 hingga 10.00 pagi
Tempat : Taman Muhibbah, Kampung Awat-Awat, Lawas
Bilangan guru terlibat : 5 orang  
Bilangan warga emas terlibat : 4 orang
Anjuran : Unit Hal Ehwal Murid dengan kerjasama Unit Bimbingan dan            Kaunseling dan Panitia Pendidikan Islam.

Objektif  program:
1.Menerapkan rasa simpati, empati dan kasih sayang kepada golongan warga emas.
2.Membudayakan nilai, sikap dan amalan menghargai, menghormati,mentaati danberbuat baik sesama manusia terutamanya warga emas.
3.Mengeratkan hubungan silaturahim warga SK. Awat-Awat dengan warga emas di Kampung Awat-Awat.

Tentatif program :
8.00 pagi : Guru terlibat bergerak dari SK. Awat-Awat.
8.10 pagi : Lawatan ke rumah warga emas pertama
8.30 pagi : Lawatan ke rumah warga emas ke-2
9.00 pagi : Lawatan ke rumah warga emas ke-3
9.00 pagi : Lawatan ke rumah warga emas ke-4
10.00 pagi : Bergerak balik ke SK. Awat-Awat.

Penilaian program :
Kekuatan Program :
a)Program yang dijalankan berjalan dengan lancar mengikut tentatif yang telah ditetapkan.
b)Semua warga emas yang terlibat telah memberikan layanan dan kerjasama yang baik sepanjang program berjalan.
c)Pihak Sekolah dapat memberikan sedikit sumbangan ikhlas kepada warga emas yang terlibat.
d)Dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara pihak sekolah dengan warga emas terlibat.

Kelemahan Program :
a)Kekurangan dana kewangan untuk diberikan sumbangan kepada warga emas.  
b)Tidak ramai warga emas yang dapat dilibatkan dalam program ini kerana masalah kewangan yang terhad.
c) Masa yang singkat untuk merancang dan melaksanakan program tersebut.

Cadangan penambahbaikan:
a)Menyediakan dana kewangan yang mengcukupi dengan berusaha
meminta sumbangan daripada pihak-pihak tertentu seperti badan NGO
dan syarikat-syarikat.
b)Berusaha merancang program yang melibatkan semua warga sekolah
terutama melibatkan murid-muird dengan warga emas. Contoh Kempen
kesedaran menghargai warga emas.
c) Melibatkan lebih ramai warga emas dalam program yang akan datang.
d) Membuat perancangan yang lebih awal supaya program yang akan dilaksanakan dapat berjalan dengan lebih baik.

Dokumentasi bergambar : Rujuk lampiran
Guru Besar En. Nooridzman Bin Sebli menyampaikan sumbangan 
kepada Hj. Yusup Bin Hj. Hassan

Guru Besar En. Nooridzman Bin Sebli menyampaikan 
sumbangan kepada Hjh Zabidah Binti Hj Hassan
Guru Besar En. Nooridzman Bin Sebli menyampaikan 
sumbangan kepada Hjh Niamah Binti Hj Hassan.

Guru Besar En. Nooridzman Bin Sebli menyampaikan 
sumbangan kepada Hj. Burut Bin Lakim