Friday, February 2, 2018

Majlis Permuafakatan PPSR Sk. Awat-Awat, 2018


Majlis Permuafakatan PPSR [Pelaporan Pentaksiaran Sekolah Rendah] Sk. Awat-Awat Lawas Sarawak telah diadakan pada 02 Feb 2018, Jumaat, betempat di Pantaran Ilmu Sekolah

Antara yang hadir pada majlis tersebut adalah Murid Tahun 6, Ibubapa murid, En. Pungut@Tamin YDP PIBG, En. Nooridzman Bin Sebli-guru besar, penolong kanan-penolong kanan dan juga Guru subjek tahun 6.
Doa yang disampaikan Oleh Ust. Aliazali Ahmad

"Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada murid dan juga ibubapa khasnya tentang PPSR yang baru diperkenalkan pada tahun ini" kata Mohd Hanif sebagai pengacara majlis.
Sebahagian ibubapa yang hadir

Selain itu majlis ini juga bertujuan untuk memberikan masa kepada guru tahun 6[sekolah] berbincang dengan murid-ibubapa tentang matlamat/target yang ingin dicapai mereka.
Guru Besar ketika berucap

Antara acara yang telah berlangsung pada majlis ini adalah; Ucapan alu-aluan Guru Besar, pembentangan oleh Cik Dayang Hayati [PK1], Ikrar aku janji dan Perjumpaan dengan guru kelas dan guru Subjek tahun 6.
Pembentangan oleh PK 1

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru tahun 6, Guru kelas khasnya dan juga AJK yang telah berjaya melaksanakan majlis ini dengan jayanya" kata En. Nooridzman Bin Sebli, Guru Besar SK. Awat_Awat
Ikrar/aku janji Murid

Kenangan bersama murid tahun 6, ibubapa dan Guru-Guru

permuafakatan dengan murid [Dayangku Norshakina]

Permuafakatan dengan murid [Zuleman Razif]

Semoga berjaya