Sunday, August 12, 2018

Program derma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan SK. Awat-Awat, PIBG

Program derma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan SK. Awat-Awat telah berlangsung pada 11 Aug 2018, bertempat di Pantaran Ilmu SK. Awat-Awat Lawas Sarawak.
Program ini telah dianjurkan oleh Persatuan IbuBapa dan Guru [PIBG] SK. Awat-Awat dengan kerjasama Hospital Lawas/Kesihatan Lawas.

Antara program yang dilaksanakan dalam progam ini adalah;
1. Ceramah Penyakit Tangan Kaki dan Mulut[HFMD]
2. Cermah Kepentingan Derma Darah
3. Program Derma Darah
4. Pemeriksaan Kesihatan

Antara jemputan khas dan juga penceramah dalam program ini adalah;
1. Pn. Lily Binti Mohamad Said
[Unit Kesihatan Persekitaran Kesihatan Lawas]
2. En. Mohamad Daud Bin Hj. Kassim
[Unit Tabung Darah Hospital Lawas]

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengawai kesihatan hospital Lawas/Kesihatan Daerah Lawas, kerana sudi menerima jumputan kami untuk sama-sama menjayakan program ini" ujarnya En. Nooridzman Bin Sebli Guru Besar SK. Awat-Awat.